25 Februari 2010

Sekolah Kebangsaan Bakerkong

Sekolah Kebangsaan Bakerkong
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro
96200 Daro
Sarawak


Bangunan sekolah: Kelas tahun 1 - 6, bilik guru,
pejabat dan bilik guru besar.



Pemandangan di hadapan quarters guru


Perkampungan Bakerkong


Keadaan muka bumi Bakerkong. Tanah tidak akan
kelihatan jika air sungai pasang.



4 ulasan:

Ateh Salim berkata...

Saya ziarah blog anda. Ibn-Rahim: nama itu asing pada saya, atau saya yang sombong tidak mengenali orang yang mengenali saya. Terima kasih kerana melawat blog saya.
Menatap gambar sekolah anda, saya rasa insaf. Begitulah juga sepatutnya para guru (kebanyakan) di Semenanjung. Di penghujung perkhidmatan saya sebagai guru (sekarang 33 tahun + 2 tahun lagi) berkhidmat di 8 buah sekolah BELUM PERNAH menikmati sekolah sedemikian.

Syabas kepada anda. Jadikan kesusahan (jika ada) sebagai cabaran. Hari ini kita bantu anak orang, esok orang akan bantu anak kita.

Saya akan linkkan blog anda dalam blog saya.

Tuliskah lebih lanjut tentang sekolah anda. Saya akan membacanya.

ibn rahim berkata...

Ulasan cikgu telah memberi saya satu keterujaan dalam mengharungi hidup sebagai pendidik... Terima kasih kerana sudi menjenguk di sini.

Ateh Salim berkata...

ibn rahim berkata...

Cikgu mula mengajar pada usia 23, sebaya dengan saya sekarang sebagai guru tahun pertama.

Namun, mampu ke saya menuruti cikgu berkhidmat selama 33 tahun ++ dengan penuh semangat, tanpa rasa jemu, tanpa hilang rasa teruja...???

Selamat Ulang Tahun ke-56
Sanah Helwah

Jazakallahu khairan kathira...

2010 Mac 5 12:07

ITULAH ULASAN ANDA DI BLOG SAYA. Sebenarnya saya masih tertanya-tanya siapa anda. Di sebalik nama samaran susah saya mengenaliinya. Walau bagaimana pun, terima kasih kerana respond anda di blog saya.

Menurut kata anda, anda di tahun pertama sebagai guru dalam usia yg sama semasa saya menjadi guru dulu. Seorang anak saya juga begitu. Sekarang dia mula menjadi guru (guru pendidikan khas juga).

Saya selalu nasihatkan anak saya (seperti yang pernah saya amalkan:
1. Bekerja dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan/ganjaran (gaji setiap bulan itu adalah ganjaran).
2. Kerja hendaklah ditunjukkan. BUKAN menunjuk-nunjuk. Maksudnya setiap kerja perlu ada bukti. Bincang dgn GB atau GPK sebeluum membuat sesuatu projek. Dokumentasi perlu ada. Wajib.
3. Bekerjalah bersungguh-sungguh. Jangan lokek ilmu. Jika boleh wujudkan suasana bahawa kita orang penting dalam organisasi. Biar orang tercari-cari jika tidak ada. (Tapi jangan berlagak pandai)
4. Saya seorang pengakap. Cogan kata pengakap ialah 'Buat Sehabis Baik'. Saya pegang prinsip itu.
5. Anda celik ICT. Bagus. ICT dapat membantu menyelesaikan kerja kita dengan pantas, tepat dan canggih.

Cukuplah.....panjang sangat bebel orang tua seperti saya.

noor azizah hamzah berkata...

Selamat bertugas di sana. adik saya seorang guru perempuan yg baru ditempatkan di sini .diharap dia dapat menjalankan tugas mendidik anak bangsa dengan baik.di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat anda