06 Mac 2010

Pelaburan Yang Kurang Menguntungkan

Minggu hadapan adalah minggu ke-10 saya bertugas sebagai guru. Selama sembilan minggu bergelumang dengan warna-warni dunia pendidikan masih belum dikira sebagai satu tempoh yang panjang. Benih yang disemai masih belum lagi bertunas. Tempoh ini terlalu singkat untuk dinilai.

Saya adalah antara produk pertama pemegang ijazah perguruan kelahiran IPG. Selama 5 setengah tahun diisi dengan ilmu-ilmu perguruan. Kalau dibandingkan dengan seekor singa, tempoh 5 setengah tahun sudah dapat menjinakkan raja haiwan itu.

Sepanjang tempoh bermaustatin di institut pendidikan guru (IPG), sebanyak tiga buah sekolah telah menjadi tempat untuk saya menjalani latihan pratikum. Sebanyak empat buah sekolah sebagai persinggahan untuk meneguk sedikit pengalaman dalam program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), yang sebelum ini dikenali sebagai Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Keseluruhannya adalah sebanyak tujuh buah sekolah yang telah memberi sedikit sebanyak erti sebagai seorang guru. Ini tidak termasuk lagi beberapa buah sekolah yang saya lawati untuk menjalakan tugasan subjek.

Namun, hakikatnya, kesemuanya adalah sekolah yang terletak di dalam jajahan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Negeri kelahiran saya, negeri yang tidak pernah tinggalkan selama 23 tahun. Saya sudah fasih ber’loghat’ Terengganu, makan ‘kepok lekor’, ‘makang ikang aye’ dan makan Nasi Dagang.

Inilah kerugian dalam pelaburan saya semasa proses menjadi seorang guru. Sekarang saya ditempatkan di negeri Sarawak. Hampir 100% berbeza dengan suasana saya sebelum ini. Makanan, adat, budaya, fahaman politik, suasana keagamaan; segalanya berbeza.

Sekarang, saya seperti seorang yang baru menjengah ke alam perguruan. Segala pengalaman semasa tempoh pratikum payah untuk diaplikasikan di sini. Semasa pratikum, saya tidak menghadapi banyak kesukaran untuk mengajar, menarik minat murid, bergaul dengan rakan setugas, minum kopi dengan penduduk kampung. Ini kerana mereka adalah rakyat negeri Terengganu. Saya adalah rakyat negeri Terengganu. Saya boleh memahami loghat mereka, budaya mereka, tatacara mereka. Oleh itu, proses menimba pengalaman baru tidak berlaku kepada saya. Dengan kata lain, saya tidak belajar.

Keadaan ini berbeza dengan rakan-rakan yang bukan berasal di negeri Terengganu, sekurang-kurangnya mereka boleh belajar perkara baru dalam hidup mereka apabila bergaul dengan penduduk setempat. Mereka lebih beruntung.

Inilah cabaran yang perlu saya tempuhi. Cabaran yang tidak akan saya temui di tempat lain. Inilah peluang saya untuk mengenali masyarakat lain. Peluang yang rakan-rakan lain tidak dapat menikmatinya. Di sinilah letaknya kematangan saya sebagai seorang guru, sebagai seorang guru siswazah.


Alah bisa, tegal biasa.

Tak kenal maka tak cinta.

5 ulasan:

Ateh Salim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ateh Salim berkata...

Maaf kesilapan kenyataan (sebab itu saya padam).

Sila lihat ulasan dalam blog saya esok - 8 Mac 2010.

Cikgu Aisah berkata...

Tahniah dan syabas diatas kegigihan anda sebagai seorang guru. Walau dimana jua kita ditempatkan disitu le rezeki kita. Teruskan usaha mu pengalaman ini sukar dicari ganti, tak semua orang merasnya .....Tak semua orang redha menerimanya....Saya pun pernah bertugas dipendalaman. Kini hanya kenangan yang pasti tidak akn luput dari ingatan. Bersusah dahuli pasti anda akan menerima ganjarannya...Insyaalah....

Tanpa Nama berkata...

dgr tu wang cikgu aishah berkata..
aku pn nk enjoy duk pedlmn nih..
da ditentu rezki kta ada disitu..

fahmi ibrahim berkata...

Time ni la nak kenal tempat orang dok. Kata orang masa muda-muda ni la nak kenal tempat orang... kata orang la tu. Apapun yang terbaik untuk kita semua. Ayat-ayat nak motivasi diri sendiri.. Aku mana la tercampak nanti. :P

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat anda