Assalamualaikum warrahmatullahi wa barakatuh...
Segala puji bagi Allah Maha Agung dan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Salam ta'ruf
Salam ukhuwah
Salam perkenalan
Salam persaudaraan
Salam blog
Salam ukhuwah
Salam perkenalan
Salam persaudaraan
Salam blog
Selamat datang, ahlan wa sahlan sahabat...
Blog Ibn-Rahim adalah satu blog yang mungkin tidak akan menarik perhatian sahabat sekalian. Siapa penulis blog ini? Ini satu persoalan yang akan sahabat sekalian ajukan. Saya bukanlah seorang orang kenamaan, bukan seorang selebriti, bukan seorang artis, bukan seorang alim 'ulama, mahupun seorang ustaz. Saya hanyalah orang 'biasa-biasa' yang masih memerlukan bimbingan dan penduan daripada sahabat sekalian.
Kenapa saya lahirkan blog ini?
Pada masa sekarang, blog telah menjadi satu 'trend' pada semua orang. Boleh dikatakan setiap orang mempunyai blog peribadi. Tetapi, apa tujuan, matlamat blog? Setiap orang akan mempunyai alasan tersendiri. Banyak blog yang telah saya layari. Dan begitu bermacam ragam dan matlamat yang ingin mereka sampaikan.
Pada saya, blog Ibn-Rahim hanya satu medium untuk saya berkongsi buah fikiran dan pendapat. Sahabat-sahabat blog akan terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan khususnya, mempunyai pelbagai pemikiran-pemikiran yang kreatif dan bersifat tersendiri. Oleh itu, apa yang saya harapkan, setiap artikel yang diterbitkan akan mendapat komentar-komentar daripada sahabat sekalian.
Menulis bukanlah satu perkara yang biasa saya lakukan. Terlalu susah untuk saya menulis. Saya lebih cenderung untuk membaca. Pelbagai bahan saya baca. Mesti terdapat komen, kritikan dan pendapat setelah saya membaca sesuatu bahan dan isu. Di mana saya ingin kongsikan pendapat-pendapat itu?
Setiap perkara yang berlaku dalam hidup, pasti ada baik dan buruknya. Setiap masalah yang dihadapi pasti ada punca dan penyelesaiannya. Masalah akan menjadi pengalaman yang bernilai. Perkara kehidupan akan menjadi ikhtibar kepada manusia lain. Blog adalah perantaraannya.
Akhir kata, salam perkenalan kepada semua sahabat. Tinggalkan komen-komen anda. Kongsikan pendapat dan buah fikiran anda. Semoga kita semua akan bertambah maju, ditingkatkan iman dan diberi hidayah oleh Allah SWT.
Jazakumullahu khairan kathira...
Wallahu 'alam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tinggalkan pendapat anda