26 Mac 2010

Salah Siapa?

Budak-budak aku lemah la, payah nak di ajar.” Luah cikgu A.

“Dah berapa kali aku terangkan tentang formula tu, masih tak faham-faham, bengap!” Tengking cikgu B kepada anak muridnya.

Di mana peranan seorang guru? Melabel anak murid lemah atau membantu murid yang lemah? Tepuk dada tanya selera. Secara logiknya, anda sebagai seorang guru juga bermula daripada seorang murid yang lemah. Secara sinisnya, tiada seseorang pun lahir terus menjadi guru. Segalanya bermula daripada ‘kosong’. Bermula daripada tidak tahu menjadi tahu.

Apa yang membezakan disini adalah tahap penerimaan seorang murid. Ada murid yang diajar sekali, sudah faham dua kali. Ada yang diajar sekali, faham pun sekali. Dan ada yang diajar tiga kali, baru faham sekali. Di sini letaknya peranan teknik, kaedah dan pendekatan pengajaran.

Saya yakin, sebahagian besar guru pada masa kini pernah mengikuti kursus perguruan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa dan telah didedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus sebegini banyak memberi input tentang pedagogi, ilmu pendidikan. Teori dewan kuliah hanya menjadi basi kalau tidak diaplikasi dalam bilik darjah. Peranan guru bukan sekadar mengajar tetapi mengkaji murid, dengan kata lain mengkaji bagaimana untuk meningkatkan kemahiran murid yang mempunyai tahap kemahiran yang berbeza.


Catatan ini hanya sekadar ingatan kepada diri penulis sendiri.

2 ulasan:

Ateh Salim berkata...

Saya baru balik dari mesyuarat pengetua dan GB sek-sek pendidikan khas Malaysia di PD selama 3 hari. Buka blog. 'Benda' pertama yang dibaca ialan catatan anda.
Tahniah jika itu pendapat anda...!

ibn rahim berkata...

Saya berharap dapat terus berdiri seperti dalam catatan sepanjang perkhidmatan saya.

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat anda