Sejak kebelakangan ini terlalu banyak isu yang ditimbulkan mengenai perguruan, sama ada ia dicetuskan oleh guru sendiri atau orang 'luar' yang mungkin menganggap guru adalah 'anak emas' kerajaan. Bermula dengan isu kenaikan elaun pedalaman, isu mengenai beban guru yang meningkat dan sekarang timbul pula pendebatan antara guru pedalaman dan guru bandar.
Saya adalah seorang guru baru yang mengajar di kawasan pedalaman (P2) Sarawak, yang mungkin masih lagi belum arif mengenai dunia perguruan ini sekiranya dibandingkan dengan guru-guru 'otai' yang sering memberi pendapat melalui media massa. Namun, tidak salah rasanya jika saya ingin memberi pendapat, cetusan idea, perasaan serta bisikan naluri yang sentiasa ditusuk dengan tekanan kehidupan.
Utusan Malaysia yang bertarikh 12 April 2010, dalam ruangan MySekolah telah membicarakan tentang cabaran guru yang mengajar di bandar. Setelah membaca artikel tersebut, saya berpendapat guru-guru tersebut masih lagi bertuah kerana mempunyai kehidupan yang agak selesa berbanding dengan kami di pedalaman. Maaf jika kenyataan saya ini menyinggung perasaan guru-guru. Jangan dikatakan saya ini tidak menghormati orang yang lebih senior, yang lebih dahulu merasa garam di dunia daripada saya.
Menurut artikel tersebut, terdapat guru yang mengajar di bandar terpaksa bangun seawal 5.30 pagi serta ada juga yang bersolat subuh setiap hari di surau sekolah. Pergi awal subuh pulang maghrib sudah menjadi rutin guru-guru tersebut. Cabaran ini memang tidak akan ditempuhi oleh guru-guru pedalaman kerana kebanyakkan guru di pedalaman tinggal di kaunters yang berhampiran dengan sekolah. Tetapi bagi saya, perkara ini memang sudah menjadi kelaziman kepada penduduk di bandar-bandar. Perkara ini bukan sahaja berlaku kepada guru saya kira, ia dihadapi oleh semua penduduk walaupun hanya seorang salesman. Mohon ampun jika saya terkasar bahasa.
Sementara itu, seorang guru berkata bahawa kesedaran ibu bapa di bandar terhadap pendidikan menjadi satu beban kepada guru untuk memberi yang terbaik kepada anak mereka. Berdepan dengan ibu bapa yang ‘intelektual’ menuntut kesabaran yang tinggi kerana jika tersalah jawab boleh timbul pertelingkahan atau diheret ke pengadilan. Saya cuba membayangkan situasi ini. Pada pendapat saya, situasi ini mungkin berlaku apabila ibu bapa murid itu terlalu ‘bijak dan intelektual’ serta anak mereka seorang yang ‘lebih pandai’ daripada guru. Ini memang satu cabaran berat, yang menguji kesabaran serta keimanan para guru.
‘Siapa guru? Akukah kamu?’. Dialog sebegini mungkin boleh membawa wang(saman) kepada ibu bapa.
Saya merasakan cabaran sebegini juga berlaku kepada guru-guru pedalaman kerana guru pedalaman juga mengalami masalah yang sama dalam aspek prestasi murid-murid. Murid-murid di pedalaman tidak sama dengan murid yang berada di bandar dari segi pemikiran, motivasi serta ke’benda’an. Ini lebih mencabar saya rasakan kerana guru-guru perlu memahami keadaan mereka terlebih dahulu. Guru perlu menjadi ‘mereka’, barulah guru dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Guru perlu mengkaji mereka terlebih dahulu sebelum dapat mengajar mereka. Sehubungan itu, dapat saya katakan guru bandar dan guru pedalaman mempunyai cabaran yang berbeza tetapi masih menuntut komitmen yang tinggi sebagai pendidik.
Cuma, saya ingin mengingatkan rakan-rakan guru sekalian bahawa kehidupan guru di pedalaman lebih perit jika difikirkan. Kekurangan keperluan asas memang satu cabaran sangat besar kepada kami. Saya katakan ‘keperluan’, bukan ‘kemudahan’. Bayangkan di kawasan tertentu tiada hospital atau klinik, balai bomba, balai polis, pejabat pos. Bagaimana jika berlaku kes-kes kecemasan? Perkara yang tidak diingini ini pernah berlaku kepada seorang guru. Guru tersebut menerima surat panggilan temuduga pengesahan jawatan hanya beberapa sebelum tarikh temuduga, bagaimana dengan persediaan temuduga tersebut? Walaupun perkara sebegini berlaku, kami masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru, mengajar serta mendidik anak murid kami. Hanya kes-kes terpencil yang berlaku seperti melarikan diri ketika bertugas, saya akui hal itu pernah berlaku kerana guru tersebut tidak tahan serta lasak dengan cabaran.
Kesimpulannya, saya merasakan tidak perlu diperdebatkan isu-isu yang berkaitan dengan cabaran siapa yang lebih hebat. Apa yang penting, kita sebagai guru perlu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin. Walaupun di pedalaman, tidak selamanya akan berada di sana. Secara peribadi, saya merasakan seperti ada sesuatu yang cuba mencabar kewibawaan kita sebagai seorang guru.
Seribu kemaafan saya pinta jika artikel ini sedikit sebanyak mengguris perasaan anda serta dapat menimbulkan kemarahan para guru sekalian. Tiada niat ingin berbalah, tidak ada sekelumit untuk meminta simpati, hanya sekadar luahan pendapat seorang guru di pedalaman tentang realiti guru di pedalaman.
Jazakallahu khairan kathira
Wassalam

4 ulasan:
Xperlu debat2 pasal cikgu bandar vs cikgu pedalaman..bagaimana dengan cikgu luar bandar?? semua cikgu adalah sama cuma tempat untuk menjalankan tanggungjawab adalah berbeza.
Hairan aku itu semua adalh tggjwb sbg guru. Kamu org(guru2) x perlu nk beza di mn mgajar penting tggjwb yg diamanahkn ada keja ada gaji yg ok hati ikhlas dn enjoy dgn tugas insya Allah semua ok. Ada keja bising2 klu x ada keja lg bising
Isu mgajar kat bandar atau luar bandar tak perlu wujud pun..bagi saya apabila bergelar guru...cabaran ttp ada di mana2..cabaran itulah pengalaman.. Pengalaman itu mematangkan kita..
InsyaAllah sama2lah berkhidmat walaupun di mana kita mengajar...

Catat Ulasan
Tinggalkan pendapat anda