13 April 2010

Terdetik Seketika...

Tenang malam bulan nan terang,
Unggas berlagu memanggil kekasih,
Megah lagu melodi yang ku karang,
Indah hidup kerana kekasih.

Ranum lazat buah kurma,
Wangi bau pekat kopi,
Dinihari menanti untuk menjelma,
Izinkan aku beradu sepi.

Dekat padamu hajatnya hati,
Gusar melanda teringat mati,
Esok hari mentari menanti,
Moga ketemu dia di dalam hati.

1 ulasan:

Ateh Salim berkata...

......demikianlah sianak perantau. Berlagu rindu di angin lalu. Moga hati nan lara terubat jua....

Catat Ulasan

Tinggalkan pendapat anda