Artikel ini adalah 'respond' kepada surat daripada Mohammad Shafiq Sohot yang tersiar dalam Berita Harian bertarikh 30 April 2010 [klik sini]. Surat tersebut bertajuk ' Pensyarah Merungut Kerjaya Memalukan Diri Sendiri'. Kandungan surat tersebut adalah pendapat beliau mengenai isu beban kerja guru yang bertambah. Antara lain beliau mengatakan bahawa sikap guru atau pensyarah yang gemar merengek manja mengenai beban kerja amat menjengkelkan.
Saya merasakan beliau tidak begitu faham mengenai tugas utama seorang guru dan kenapa kebanyakkan guru mengeluh mengenai beban kerja mereka.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan [klik sini], pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan itu, tugas utama guru adalah mendidik dan mengajar anak bangsa secara komited bagi memenuhi keempat-empat aspek tersebut.
Rungutan dan keluhan guru adalah berkaitan dengan kerja-kerja luar bidang yang sepatutnya dilakukan oleh pihak pentadbiran yang menganggu tugas utama guru iaitu, menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Permasalahan ini langsung tidak berkaitan dengan keikhlasan dan kesungguhan guru dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Katakan seorang jurutera geoteknikal yang dibayar oleh Petronas untuk melaksanakan sebarang proses kejuruteraan struktur di pelantar minyak sejauh Miri atau Kerteh selama sebulan di tengah lautan dalam dan langsung tidak bertemu dengan keluarga selama tempoh itu, beliau yakin sepenuhnya bahawa jurutera itu tidak akan membantah atau mengeluh.
Bagaimana sekiranya jurutera tersebut diarahkan melakukan kerja-kerja tambahan seperti mencuci pelantar itu atau menggantikan tukang masak yang sedang bercuti? Ini sebenarnya gambaran tentang keluhan dan rungutan guru pada masa sekarang. Keluhan mereka bukan berkisar tentang tanggungjawab yang diamanahkan.
Hanya orang yang ahli dalam bidang tertentu akan dapat menyelami permasalahan dalam bidang tersebut. Pemandu kereta sewa tidak akan dapat memandu kapal terbang, walaupun kedua-duanya adalah 'drebar'.

2 ulasan:
Rilek la bro...
kalau cikgu tu dh xnk keje, ramai lg yg nak ganti..
Family aku ramai cikgu.. kerja memang banyak.. x merungut pn...
Tanpa Nama: Kalau dah kerja hakiki walau banyak manapun mmg tak boleh merungut. Tapi habis semua benda nak kena buat, sampai guru dah jadi macam kuli, senang2 je bagi kerja.. tak leh jgk mcm tu.
Catat Ulasan
Tinggalkan pendapat anda